Aidilfitri | Atlet sambut secara sederhana di kem latihan

2022-03-24 0

Atlet negara yang terpaksa mengorbankan sambutan hari raya Aidilfitri bersama keluarga kerana menjalani kem latihan secara kuarantin, menyambut 1 Syawal secara sederhana.
Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), atlet yang sedang membuat persiapan untuk Sukan Olimpik di Tokyo Julai ini dan Sukan SEA Hanoi pada November ini mula menjalani latihan secara kuarantin sejak minggu lepas.